Thursday, March 4, 2010

.. cinta ..

ada apa dengan cinta..

aku pun bukannya tau sangat pun pasal nie tp aku tahu bila orang dah jatuh cinta semua indah. tengok muka pun kadang2 kita tau yang someone tu in love. this is based on my experience. tp bukan muka aku lar kan yang pastinya.

pada aku cinta tu ada banyak jenis. cinta pada tuhan, pd ibubapa, pd saudara dan banyak lagi lar termasuk juga cinta pada harta. semuanya cinta. cinta nie topik yang sangat digemari oleh sang remaja termasuk aku lar sekali.tak kira lar cerok mana aku belajar sekali pun mesti ada perkara yang melibatkan hati dan perasaan yang pelik nie. bagi aku perasaan cinta tue pelik sebab bila kita cintakan seseorang tu semua pasal dye je baik. tp bila dh putus mula lar merungut kentut busuk lar.. bila dating xmandi ler. masa ngah asyik bercinta senua wangi jew.. ape kes??

kadang-kadang bila aku fikir balik semula, sebenarnya bukan cinta tue yang pelik tp orang yang hangit bercinta tue yang pelik. macam orang selalu cakap cinta itu buta. dan aku rasa orang tue yang buta. bukan cinta. nak salahkan cinta apa pasal lak kn??

bak kata satu lagu nasyid yang selalu aku dengar tue:
jika engkau cintai bunga, sedarlah bungakan layu
jika engkau cintakan manusia, sedarlah satu hari dia akan pergi
jika engkau mcintai harta, harta itu nanti kau akan tinggalkan
jika engkau cintakan Illahi hanya Dia yang kan kekal abadi
Cintailah Illahi..
(lebih kurang lar kot nie..)

sebab cinta tue anugerah tuhan pada setiap hamba. dan tak dapat dinafikan aku pun suka perasaan tue. ye lah masa nie lar kita rasa disayangi oleh seseorang tu.
bak kata ayah aku pulak kita tak boleh nak letakkan 100% kepercayaan kita pada orang yang kita cintai tu. kalau letak 100% tue adalah something berharga yang bakal hilang nanti. aku pun agak setuju lah ngan bapak aku tue. bab2 cinta nie nasihat orang tua memang boleh pakai. bagi aku lak mencintai tu tak semestinya memiliki. tp kadang2 ramai gak yang tak setuju. kalau dh suka mesti lar kita nak kat dye kn??
ntah aku pun pelik gak ngan aku sendiri. but that is just my opinion.

bak kata citer syurga cinta lak cinta tue ada 3 jenis:
cinta yang datang dari syaitan,,
cinta yang datang dari jin,,
dan cinta yang datang dari Allah..

banyak benda yang menarik pasal cinta nie sebenarnya. tapi aku pun tak reti nak cakap. tapi aku suka satu ayat nie, lebih kurang macam nie:

aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu,,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,,
hilanglah cintaku padamu..

kesimpulannya, kalau kita suka kat seseorang tu, suka lah kat dye sbb dye baik kew, pemurah kew, selalu pergi pusat Islam kew.. br syok..!! nie suka kat dye sbb dye mat rempit tegar. boleh suka kat orang macam tue asalkan dye berubah lar nanti. kalau semua cintakan manusia kerana tuhan haaa.. aman dunia nie. InsyaAllah bahagia dunia akhirat..!!hah aku nie kadang2 mmg pandai cakap jew. ada masa kantoi jugak. so kena lar pandai2 dalam mencari cinta. tapi jangan lupa cinta kepada pencipta jugak. semuanya akan baik2 saja. (^_^)

bak kata sorang kawan aku nie. kita kena berusaha mencari cinta. kalau kita suka kat seseorang tue doalah banyak2 agak dtemukan jodoh dengan dia. aku pun berdoalah supaya bertemu jodoh dengan si dia tue. bak kata ustaz aku pulak, masa belajar nie kita cop dia dulu lepas belajar tros kawin. kalau x melepas pulak kang. aku pun xtau lar macam mana. doa jew lar supaya diberi jodoh yang baik. tu jew..!!