Sunday, March 7, 2010

..agak-agak..??

agak-agaknya apa yang kita rasa sakarang ni betul kew??
maksud aku betul tue macam kalau kita rasa cinta kat seseorang tue kita betul2 cinta kat dia atau rasa suka jew?? hmm.. so macam mana??

bila aku fikir2 balik semula perasaan suka dengan cinta tue satu perasaan yang berbeza. sebab kalau kita sukakan orang tue tak semestinya kita cintakan dia tapi kalau kita cintakan seseorang tue of course kita sukakan dia. yelah takkan kita cintakan dia tapi kita bencikan dia. tak ke pelik tue?? sebab tue kadang2 orang salah tafsir antara suka dan cinta. tapi kadang2 bila kita dah suka boleh membawa kepada cinta. yang tue boleh jadi..!! ntah lar tiba2 sejak dua menjak nie otak aku fikir macam2 plak. tiba2 nak generate idea.aku terfikir apa beza nya antara suka dan cinta??

bila aku fikirkan orang yang aku ske.hmm(thinking..!!) banyak sangat. so takkan lar sume2 tue aku cinta. hai tak ke pelik tue kan?? so bagi aku suka tue macam suka dia punyer attitude, style, dan macam2 lagilah. tak semesti nya kalau seseorang tue senang buat kita tersenyum kita terus in love ngan dia. lain lar kalau dah xtengok muka dia sehari tidur pown xlena kalau lena pown sebab dia ada dalam mimpi. tue maybe cinta.. MAYBE..!! belum tentu lagi cinta betul2. kn?? cinta pown ada byk jenis. cinta monyet, cinta philang sepi, dan lain2 termasuk cinta yang betul2 cinta. hah?? kan susah tue nak cari..!! sebab tadi aku jalan sorang2 tiba2 classmate aku tegur. tengok jew muka dia terus aku terfikir pasal nie. muka idea tol!!(*_^)

ada satu kisah nie::
ada sorang perempuan nie, dia berkawan dengan 2 orang lelaki. sorang name k sorang lagi nama x. mula2 dia kawan dengan si k nie kira baik lar jugak. last2 dia rasa dia ada cintakan kat si k nie. ada lar jugak kawan2 yang menyokong. tapi dalam masa yang sama dia kawan dengan si x nie jugak. tiba2 dia pown rasa dia ada perasaan yang sama pada si x nie. nampak sangat lar kn cm xbetol jew. pening jugak lar dia fikir xkan lah boleh suka kat dua orang lelaki serentak. musykil2. bila di telek2 semula dia tahu yang 2 lelaki tue tak bawa apa2 effect dalam hidup dia. just suka berkawan dan senang nak berkomunikasi dengan kedua-duanya. maksud effect kat sini ialah kalau tak jumpe sehari pown xpe(x angau) kalau jumpe pown tak rasa tergedik-gedik nak cakap ngan dia. tapi semua orang boleh nampak yang dia nie suka(cinta) kat lelaki2 tue. so macam mana. bila tengok2 balik semula kat lelaki lain pown ada gak something yang wat dye tertarik pada lelaki tue.. takkan cintak kot.. so?? just suka kn berkawan.. SUKA ok..

aku pown xtau kesudahan cter nie sebab in progress lagi.banyak lagi adegan2 pelik akan berlaku. so just wait ler. tapi aku nak tegaskan kat sini bahawa suka dan cinta tue xsama. xkisah lar cter tue abes cmner pown. asalkan yang penting skali, SUKA dan CINTA itu adalah berbeza sama sekali. bagi AKU..!!!

(suka disini adalah ditujukan khas kepada yang berlainan jantina.. kalau lelaki suka lelaki or perempuan suka perempuan adalah biasa jew sebab membe2 kan.. xkan lar korang nak benci membe2 korang kot?? ye tak..)