Thursday, March 25, 2010

mampukah aku..??

mampukah aku..!!
menjadi seorang anak yang taat pada kedua ibubapa..
mampukah aku..!!
menjadi seorang kakak yang akan membela adiknya tatkala ditindas..
mampukah aku..!!
menjadi seorang sahabat yang menutup aib kawannya..
mampukah aku..!!
menjadi seorang pelajar yang penuh dengan ilmu..
mampukah aku..!!
menjadi seorang Islam yang bertanggungjawab..
mampukah aku..!!
menjadi ummat yang mentaati sunnah baginda..
dan yang paling penting..

mampukah aku..!!
menjadi hamba Allah yang tidak menengkari suruhan-Nya

semua persoalan bermain di minda..
kadang-kadang tergantung-gantung jew kat atas syiling bilik aku..
semua tanpa jawapan..
dan aku masih mencari..
banyak lagi. sampai aku jdk nenek orang nanti belum tentu aku dapat jawap soalan tue. malahan mungkin bertambah. ye ler mampu kew aku jd bini yang baik. nenek yang baik. ibu yang baik. hah..!! tak kew bertambah tue. kalau soalan pereksa cm tue mungkin aku akan failed. so macam mana. hidup penuh dengan persoalan. tapi sebenarnya jawapan tue kita dah ada. cuma antara kita nak guna pkai atau pun tak jew. kita semua ada pilihan dalam hidup. kita pilih sendiri: kebaikan ataupun keburukan. kebanyakkan akan pilih kebaikan. kompem2 ler kan tapi adakah kebaikan tue kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. aku pown kantoi. perubahan tak salah tapi orang tak nak berubah sebab fikir pasal persepsi orang lain. penting kew ape yang orang fikir pasal kita. salah kew kita nak berubah kearah kebaikan. mungkin ada ler yang cakap kita buang tabiat. nak mati dah ler tue sebab tue jadi baik. biarkan mereka berkata-kata. asalkan kita yakin dengan ape yang kita buat. tapi bila dah ramai yang kondem kita.huh aku pown give up. sebab rasa pelik pulak. bak kata sorang nie, perbuatan kita ditentukan oleh kita sendiri. aku pown dh xreti nak cakap. cuma asyik berfikir:: mampukah aku..!! agak2 nyer.. mampukah aku??

kalau aku cakap kat membe aku kompem2 aku kne marah. setakat ko fikir jew jadi ape?? xde usaha kalau cm tue xyah ler wat penat2 fikir. kalau ko fikir tros boleh jd kew?? kalau cm tue senang lar hidup dalam dunia nie.!! huh tue ler ayat dye.emotional sungguh. makan dalam tapi betol semua nyer. talk without action wat pe kn?? tapi action tue nak start cmner?? soalan lg..!! ntah ler. doakan ada perubahan yang baik dalam hidup aku. InsyaAllah aku akan usahakan. doakan untuk semua persoalan terjawab. xpe kawan, I'll my best.(^_^)..

dalam pada aku mencari ketenangan dalam kehidupan tiba-tiba aku terpandang pada satu wajah. wajah yang amat biasa ku tatap. namum kali ini tatapannya membawa seribu makna. aku cuba fahami raut wajahnya. namun ada kelainan dirautnya. biarkan saja. hmm tapi lama kelamaan aku rasa wajah itu tiba untuk menhantui setiap mimpi. huh agak ngeri. takde niat untuk mengingati. bila memandang kearahnya. ketenangan meresap terus mampu membuat aku tersenyum. bukan aku terlalu memuja sekadar kagumi dirinya. biarkan hati berkata-kata. ah biarkan semua tue..!! aku dh tak kisah. tue lar mainan perasaan. biarkan perasaan nie rasa bahagia walaupun sementara. biarkan.!! tolong lar jangan senyum kat aku. aku merayu sangat2 tau. aku manusia yang mempunyai iman yang sangat lemah. maafkan aku kalau dimasa kau tersenyum, aku terus berpaling. sebab kau comel sangat. biarkan keindahan itu terlihat disebalik apa yang berlaku. hmm. tak sangka perasaan ini akan kena kat aku pada masa yang sesingkat nie. aku akan menjadi orang yang pelik. huh sungguh pelik rasanyer. mungkin hmm ntah ler. aku dh xmmpu berkata-kata tatkala hati ini sudah mula berbicara. setakat ini, biarlah ia berbicara. biarkan hati ini merasa bahagia walaupun hanya untuk sementara cuma.. huh.. biarkan..!!

Monday, March 22, 2010

kala itu??huh..

tika kegedikkan melanda.. kutitip warkah yang tak seberapa nak berlagu padamu..
insan yang agak aku sayangi..huh??

maafkan aku..
bukan sengaja..
kadang-kadang hati ini terasa sakit..

maafkan aku..
terkasar bahasa bukan niat..
tapi kadang kala terasa diri ini bodoh dalam menilai..

maafkan aku..
bukan mahu menyakiti..
kadang pelik dengan perangai ko..!!

maafkan aku..
bukan tidak menyayangi..
namun terasa diri tidak dihargai..

maafkan aku..
dan sentiasalah bukakan pintu kemaafanmu untukku..
aku manusia biasa yang kadang-kadang bisa melatah dalam mencari keputusan..
aku manusia biasa yang akan bisa mempelajari kesalahanku..

andai kau bersamaku..
andai ada ruang maafmu ..
andai aku masih menjadi milikmu..

hmm nie sebenarnyer takde kene mngene dengan org yg idop disekeliling aku.. langsung xde.. tbe2 lak tergedik nk tulis mnde2 pelik nie.. cm terjiwang ckit malam nie.. tapi maaf tue ditujukan pada kamu yg sy tersalah ckp td.. xsengaje ok?? arap maafku dtrime..

Wednesday, March 10, 2010

kawan dan sahabat..

hmm(thinking..!!!) kan aku cakap aku terbanyak fkir sekarang nie. bukan ape tiba-tiba bila aku tengok kawan baik aku tadi tergenerate lak idea nyer.. kawan. macam-macam jenis ada. selalu kawan ni dikaitkan dengan orang yang kita kenal tak semestinya kita kena kenal seseorang tue dengan baik baru boleh jadi kawan. TAK!! bagi aku, kalau nak buat kawan tue cukup senang. perkenalan selama 1 minit pown kadang-kadang dah cukup untuk kita jadikan seseorang tue kawan kita. kawan biar bermilion2 ye tak?? ibu aku cakap kawan biar ramai selagi hidup selagi tue lar kita boleh cari kawan. kat cerok mana skali pown. perkenalan tue sangat senang. 'HAI', 'SALAM', N macam2 lagi perkataan yang amat simple untuk memulakan persahabatan. hidup dalam dunia nie xleh sombong. BAHAYA!! sekuat mana pown kita suatu hari nanti mesti kita perlukan orang lain untuk tolong kita dalam hidup nie sebab kita semua bukan perfect yang mampu buat semua perkara. kadang2 seseparuh orang ngaku yang diaorang mampu buat semua perkara. ler..!!! takkan nk kapan mayat sendiri kot. nak tanam mayat pown sendiri. PAYAH ler cam tue. kalau setakat fikir untuk tempoh masa 10 tahun maybe ler boleh. tue pown kalau boleh kan?? so kesimpulannya semua orang perlukan kawan. tak kisah lar kawan yang macam chipsmore kew, macam fair n lovely kew. tak kisah lar asalkan berkawan lah kamu.

tue pasal kawan. kalau sahabat lain cter lak. bagi aku kawan dan sahabat adalah sepenuhnya berbeza. SAHABAT manusia nie lar jenis yang menjadi pelengkap hidup aku. tanpa mereka sape lar aku. oleh kerana kawan tue terlalu ramai so kadang2 perangai pown macam2 ler kan. tapi dalam banyak kawan tue mesti ada seorang yang TERPILIH. ceh tak leh blah kan?? maksud terpilih kat sini ialah kita boleh memberi tahu semua masalah, bercerita, dan macam2 lagi lah. dalam erti kata yang lain sekarang nie ialah kawan baik. kawan BAIK OK..!! seertilah jugak dengan sahabat nyer tue. especially pada kami2 yang tinggal jauh dari keluarga. yang dihadap muka2 yang sama jugak. so sahabat tue lar tempat mengadu, tempat kesat air hidung, peluh dan macam2 lagi.(^_^) sahabat bererti menerima baik buruk sahabat itu seadanya. macam mana pown dia, dia tetap sahabat kita dan kita akan pertahankan diri dia dan persahabtan tue semampu yang boleh. tapi adat lar kalau ada yang touching ckit2 tue. tue lar rencah persahabatan tue. bagi aku, makin aku banyak gadoh ngan kawan aku tue makin rapat lar kami. hak88. sebab nanti adalah adegan pujuk-memujuk antara kami. kalau xpuas hati leh cakap masa tue. be out spoken dan jujur ketika bersahabat. tue lar rahsia aku..(^_^) sebab nanti kalau simpan2 dalam hati adalar pulak adegan ungkit-mengungkit. aku dh biasa sangat dah dengan situasi nie dulu. so mencegah lebih baik daripada merawat. hah?? tak betul dah aku nie. Alhamdulillah lar sebab dalam dunia nie aku dikurniakan ibubapa, adik-beradik, dan sahabat yang sempurna bagi aku. semua nie membuatkan aku terasa diperlukan walaupun kadang2 aku hanya menyibuk jew. tue mmg sifat semula jadi aku nk wat cmner. hah88.

paling penting hargai lah setiap perkara yang dikurniakan tuhan. bagi aku sahabat adalah diantara kurniaan tuhan yang bernilai dalam hidup. trime mereka seadanya mereka dan InsyaAllah mereka akan terima kita seadanya kita. lagi satu kalau dah nama nya pown sahabat or kawan baik, jangan lar plak kita kutuk dia belakang2. baik kutuk depan2 at least dia tahu mana yang silap nya. maksud kutuk tue bukan lar yang jenis btau kat mmbe lain yang dia nie xske mandi kew or kentut busuk kew tp istilah kutuk kat sni terjadi selalu nyer apabila korang bergaduh. haa kalau xpuas hati elakkan btau orang ketiga. situasi ini amat dan teramat sangat lar bahayanya. terlalu bahaya seperti memotong ketika lori sedang bergerak dengan laju di lorong bertentangan. cm tue ler bahayanye.

kesimpulannya,
berkawan lar selagi mampu. jangan salah pilih sahabat. hargai mereka yang berada di sekeliling anda. bak kat satu lagu tue::
kau sahabat ku kau teman sejati
selamat mencari teman sejati bukan teman sehati..!!(^_^)
berhati-hati dijalan raya, jangan memotong sesuka hati ok??

Sunday, March 7, 2010

..agak-agak..??

agak-agaknya apa yang kita rasa sakarang ni betul kew??
maksud aku betul tue macam kalau kita rasa cinta kat seseorang tue kita betul2 cinta kat dia atau rasa suka jew?? hmm.. so macam mana??

bila aku fikir2 balik semula perasaan suka dengan cinta tue satu perasaan yang berbeza. sebab kalau kita sukakan orang tue tak semestinya kita cintakan dia tapi kalau kita cintakan seseorang tue of course kita sukakan dia. yelah takkan kita cintakan dia tapi kita bencikan dia. tak ke pelik tue?? sebab tue kadang2 orang salah tafsir antara suka dan cinta. tapi kadang2 bila kita dah suka boleh membawa kepada cinta. yang tue boleh jadi..!! ntah lar tiba2 sejak dua menjak nie otak aku fikir macam2 plak. tiba2 nak generate idea.aku terfikir apa beza nya antara suka dan cinta??

bila aku fikirkan orang yang aku ske.hmm(thinking..!!) banyak sangat. so takkan lar sume2 tue aku cinta. hai tak ke pelik tue kan?? so bagi aku suka tue macam suka dia punyer attitude, style, dan macam2 lagilah. tak semesti nya kalau seseorang tue senang buat kita tersenyum kita terus in love ngan dia. lain lar kalau dah xtengok muka dia sehari tidur pown xlena kalau lena pown sebab dia ada dalam mimpi. tue maybe cinta.. MAYBE..!! belum tentu lagi cinta betul2. kn?? cinta pown ada byk jenis. cinta monyet, cinta philang sepi, dan lain2 termasuk cinta yang betul2 cinta. hah?? kan susah tue nak cari..!! sebab tadi aku jalan sorang2 tiba2 classmate aku tegur. tengok jew muka dia terus aku terfikir pasal nie. muka idea tol!!(*_^)

ada satu kisah nie::
ada sorang perempuan nie, dia berkawan dengan 2 orang lelaki. sorang name k sorang lagi nama x. mula2 dia kawan dengan si k nie kira baik lar jugak. last2 dia rasa dia ada cintakan kat si k nie. ada lar jugak kawan2 yang menyokong. tapi dalam masa yang sama dia kawan dengan si x nie jugak. tiba2 dia pown rasa dia ada perasaan yang sama pada si x nie. nampak sangat lar kn cm xbetol jew. pening jugak lar dia fikir xkan lah boleh suka kat dua orang lelaki serentak. musykil2. bila di telek2 semula dia tahu yang 2 lelaki tue tak bawa apa2 effect dalam hidup dia. just suka berkawan dan senang nak berkomunikasi dengan kedua-duanya. maksud effect kat sini ialah kalau tak jumpe sehari pown xpe(x angau) kalau jumpe pown tak rasa tergedik-gedik nak cakap ngan dia. tapi semua orang boleh nampak yang dia nie suka(cinta) kat lelaki2 tue. so macam mana. bila tengok2 balik semula kat lelaki lain pown ada gak something yang wat dye tertarik pada lelaki tue.. takkan cintak kot.. so?? just suka kn berkawan.. SUKA ok..

aku pown xtau kesudahan cter nie sebab in progress lagi.banyak lagi adegan2 pelik akan berlaku. so just wait ler. tapi aku nak tegaskan kat sini bahawa suka dan cinta tue xsama. xkisah lar cter tue abes cmner pown. asalkan yang penting skali, SUKA dan CINTA itu adalah berbeza sama sekali. bagi AKU..!!!

(suka disini adalah ditujukan khas kepada yang berlainan jantina.. kalau lelaki suka lelaki or perempuan suka perempuan adalah biasa jew sebab membe2 kan.. xkan lar korang nak benci membe2 korang kot?? ye tak..)

Friday, March 5, 2010

antara dua dunia..

dua dunia..!!!

hmm maksudnya dunia lelaki dengan dunia perempuan. it's totally different..!! bukan lar beza macam mana pun cuma pengisian tue maksud aku lifestyle, cara pergaulan, banyak lagi lar yang lain. tapi kadang-kadang ada gak yang sama nyer..

tapi yang pastinya lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik..
Why do I said so?? this is based on my experienced and also it happened to my friends. sebab tue aku tau..

bila seorang lelaki dengan perempuan tue asyik bersama jew maka timbul lah istilah:
kami berdua kawan baik jew..
ok betul lar xdapat dinafikan jika masa tue tak ada feeling lagi..!!
tapi kalau dah selalu bersama maka kau tahu perangai aku dan aku tahu perangai kau.. then keluar lah ayat, awek aku pun tak kenal aku macam mana kau kenal aku..
sinopsis pendek lar nie kira nyer..
bila hari dah berganti hari, ada lar pulak adegan2 yang mana dirasakan konon2 nya cute sampai tiba2 bila pandang jew si dia mula lar hati berdebar-debar..
mula2 memang rasa, alah xde pape lar. mainan perasaan jew.
mula2 memang macam tue sebab antara mereka hanya ada istilah kawan baik. nothing will be more than that..!! masa tue tetap berpagang pada istilah kawan baik tue sebab tak nak hilang kawan baik if kita bagi tau pasal feeling tue.
tapi sampai bila boleh tahan?? hah??
bila tengok dia dengan orang lain rasa jeles. tapi tak lar tunjuk kan. last2 hati siapa yang sakit.. diri sendiri jugak..!! pastu kita nak dia sentiasa berada dengan kita. macam selalu tnyer: weh ko ok ari nie..?? hmm??

bagi aku kawan baik tue maksudnya tempat yang kita boleh luahkan segalanya. so kalau dah baik xde lar rahsia antara kita.. right??
tue lar lagi satu penyebab 'feeling' nie terjadi antara kawan baik yang opposite jantina nie.
semua dia cter kat kita. disebabkan tue lar perasaan tue makin lama makin dalam. sebab kita dah tahu semua pasal dia. yang baik, yang buruk, luar dan dalam..
hhmm dalam tue aku kurang pasti bahagian mana(^_^).

tapi bila dah sampai tahap kritikal, ada yang sanggup meluahkan sebab dah tak sanggup nak simpan dalam hati. so kadang2 nie yang buat persahabatan tue putus sebab:
::aku selama nie anggap ko sbg kawan jew..
::perasaan tak selasa pabila berjumpa..
::perangai kawan baik tue berubah selapas dia tahu..

tapi ada jugak yang simpan perasaan tue dan tanggung sorang2. nie jenis yang kuat. mungkin ikot prinsip aku "mencintai tue xsemestinya memiliki". aku agak jew. tapi sendiri mau ingat lar sampai bila nak jadi macam tue. last2 ada jugak yang menjauhkan diri dari sahabat sebab xnk perasaa tue wujud lagi. tapi kurang berkesan sebab dia nie lar tempat kita menangis. mana boleh lari jauh2 sebab last2 kita pergi pada dia balik semula. so kalau yang jenis macam nie.:
dia akan suka kat kawan baik tue sampai dia jumpa pengganti yang lebih kurang sama perangai ngan kawan baik dye tue. simple kn?? tapi berapa lama baru dapat cari pengganti yang macam tue??hanya tuhan yang mengetahui..

so macam mana nak elak perkara nie dari berlaku?? sebenarnye aku sendiri tak tahu sebab it also happened to me. sebelum nie lar kan.pandai2 lar menghadapi dugaan nie.
kesimpulannya, cinta tue xsalah. mungkin kita yang salah memilih orang untuk kita cintai.. so tepuk dada tanya cinta..!!

..tempat ku bernaung..

Dalam kepayahan yang aku lalui, kutemui satu perkara yang paling indah..
mungkin ia tak seindah yang digambarkan tp cukup membahagiakan..
mengenali seorang insan yang sentiasa buat aku tersenyum..
tatkala aku sendirian disana kau akan datang..
walaupun aku tahu bukan kerana aku tapi aku bahagia..
sekurang-kurangnya pada masa itu aku bersamamu..
kau seorang sahabat yang sentiasa dalam ingatan..
namun aku tak tahu bila perasaan pelik tue muncul..
dengan pelik ia datang..
cinta datang menyapa dengan indah..
kadang2 sampai termuncul dalam mimpi..
terasa pelik dalam diri..
hmm.. bak kata kawan aku..
cintai dia seadanya dia..
betul aku cakap.. lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan baik..
nanti mesti ada perasaan disebalik persahabatan tue..
tue yang buat aku pening.. hmm
redha..!!

Thursday, March 4, 2010

.. cinta ..

ada apa dengan cinta..

aku pun bukannya tau sangat pun pasal nie tp aku tahu bila orang dah jatuh cinta semua indah. tengok muka pun kadang2 kita tau yang someone tu in love. this is based on my experience. tp bukan muka aku lar kan yang pastinya.

pada aku cinta tu ada banyak jenis. cinta pada tuhan, pd ibubapa, pd saudara dan banyak lagi lar termasuk juga cinta pada harta. semuanya cinta. cinta nie topik yang sangat digemari oleh sang remaja termasuk aku lar sekali.tak kira lar cerok mana aku belajar sekali pun mesti ada perkara yang melibatkan hati dan perasaan yang pelik nie. bagi aku perasaan cinta tue pelik sebab bila kita cintakan seseorang tu semua pasal dye je baik. tp bila dh putus mula lar merungut kentut busuk lar.. bila dating xmandi ler. masa ngah asyik bercinta senua wangi jew.. ape kes??

kadang-kadang bila aku fikir balik semula, sebenarnya bukan cinta tue yang pelik tp orang yang hangit bercinta tue yang pelik. macam orang selalu cakap cinta itu buta. dan aku rasa orang tue yang buta. bukan cinta. nak salahkan cinta apa pasal lak kn??

bak kata satu lagu nasyid yang selalu aku dengar tue:
jika engkau cintai bunga, sedarlah bungakan layu
jika engkau cintakan manusia, sedarlah satu hari dia akan pergi
jika engkau mcintai harta, harta itu nanti kau akan tinggalkan
jika engkau cintakan Illahi hanya Dia yang kan kekal abadi
Cintailah Illahi..
(lebih kurang lar kot nie..)

sebab cinta tue anugerah tuhan pada setiap hamba. dan tak dapat dinafikan aku pun suka perasaan tue. ye lah masa nie lar kita rasa disayangi oleh seseorang tu.
bak kata ayah aku pulak kita tak boleh nak letakkan 100% kepercayaan kita pada orang yang kita cintai tu. kalau letak 100% tue adalah something berharga yang bakal hilang nanti. aku pun agak setuju lah ngan bapak aku tue. bab2 cinta nie nasihat orang tua memang boleh pakai. bagi aku lak mencintai tu tak semestinya memiliki. tp kadang2 ramai gak yang tak setuju. kalau dh suka mesti lar kita nak kat dye kn??
ntah aku pun pelik gak ngan aku sendiri. but that is just my opinion.

bak kata citer syurga cinta lak cinta tue ada 3 jenis:
cinta yang datang dari syaitan,,
cinta yang datang dari jin,,
dan cinta yang datang dari Allah..

banyak benda yang menarik pasal cinta nie sebenarnya. tapi aku pun tak reti nak cakap. tapi aku suka satu ayat nie, lebih kurang macam nie:

aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu,,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,,
hilanglah cintaku padamu..

kesimpulannya, kalau kita suka kat seseorang tu, suka lah kat dye sbb dye baik kew, pemurah kew, selalu pergi pusat Islam kew.. br syok..!! nie suka kat dye sbb dye mat rempit tegar. boleh suka kat orang macam tue asalkan dye berubah lar nanti. kalau semua cintakan manusia kerana tuhan haaa.. aman dunia nie. InsyaAllah bahagia dunia akhirat..!!hah aku nie kadang2 mmg pandai cakap jew. ada masa kantoi jugak. so kena lar pandai2 dalam mencari cinta. tapi jangan lupa cinta kepada pencipta jugak. semuanya akan baik2 saja. (^_^)

bak kata sorang kawan aku nie. kita kena berusaha mencari cinta. kalau kita suka kat seseorang tue doalah banyak2 agak dtemukan jodoh dengan dia. aku pun berdoalah supaya bertemu jodoh dengan si dia tue. bak kata ustaz aku pulak, masa belajar nie kita cop dia dulu lepas belajar tros kawin. kalau x melepas pulak kang. aku pun xtau lar macam mana. doa jew lar supaya diberi jodoh yang baik. tu jew..!!

Wednesday, March 3, 2010

kata-kata hikmah..!!

stiap kali nak start kelas kenegaraan, kitaorg kne bg kata-kata hikmah masing2 kat depan kelas. tak kiralah cari kat mane pown asalkan kata-kata hikmah. sejujurnya aku tak pernah pown cari menda tu. alah kwn2 aku ada kn?? hmm abes jew mmbe aku kne baca kat depan aku pown tanpa segan mintak lar dye punyer kertas yang penuh ngan kata-kata hikmah tue. nak dijadikan cter satu hari tue tiba-tiba nama aku diseru oleh pensyarah aku. dan aku tros teringat yang aku x bawak pown kertas tue. rasa macam roh aku pown terseru sama. seram lak rasa nyer. hmm nasib aku baik lar gak sebab tak lar ramai sangat makhluk Allah dalam kelas masa tue. aku pown cakap:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kata-kata hikmah saya pada hari nie ialah;

biar orang buat kita, jangan kita buat orang..
ada paham??

nak terangkan pown aku nie bkn nyer reti sangat. cakap bkn2 aku pandai lar. ketar2 kepala lutut aku masa tue. tiba2 rasa parkinson datang menyerang. shot jantung aku..

aku pown terangkan ler..
nie ibu saya yang slalu cakap kat saya. kalau boleh dalam dunia nie kita jangan balas apa yang orang buat kat kita. wat tak tau jew. sebab lama2 orang tue mesti bosan kalau kita tak bagi respon kat dye..
tp dalam zaman skunk nie sume tue xjalan lagi sebab makin kita diam makin orang pijak kepala kita..
kesimpulannya, jangan lar kita buat pape kat orang tue kalau kita xnk orang wat kat kita blik semula..
(lebih kurang mcm tue lar tp aku ada tmbh2 ckit.. bg sedap ayat..)

Alhamdulillah walaupun aku ketar macam nak mati tp ok ler. blh lagi idop. actually my mom slalu pesan sblm nk buat pape tu fikir dulu.. banyak kali pown xpe asalkan kita tak mnyesal dengan keputusan yang kita pilih tue..
tp aku..!! tuhan jew yang tahu..

haa tue kata-kata hikmah dari my mom..
renung-renungkan dan selamat lar.. ahak's

(kesimpulannya: lain kali fikir awal2 pe nak cakap kn senang.. xler gagap nt.. hah padan muke aku..!! then find the material sendiri lar.. susah kan org lak..)

feeling...

kadang2 kita terdiam apabila kita spatut nyer bercakap..
kadang2 kita bercakap sampai terkeluar something yang tak spatutnyer..
diam pown kadang2 sign of something..(ape-ape jew lar)
tp bila dh banyak sgt cakap habis terkeluar semua: marah, sedih, semua perasaan lar including perasaan sayang..
senyum pown kadang2 menggambarkan perasaan..
tp xsemesti nyer senyum tu display happiness..
sbb kadang2 senyuman tue hanya utk menutup segala kesedihan yang sedang berkubu dalam hati..
tp kalau nk senyum selalu pown xlarat gak..
sbb aku xmmpu nk sembunyikan segala rs hanya ngan senyu jew..
aku bkn jenis manusia yang kuat..
aku lemah.. tak terdaya..
bila dh TERcakap something yang xsepatut nyer keluar mulalah aku mnyakitkan hati2 orang2 yang aku sayang..
yang TERasanye mereka n..
yang MERANAnya aku lar sbb at last aku yg nyesal sbb say something like that..!!
this is life.. nie lar kehidupan..
tak terlepas dari melakukan kesilapan..
sayangnya.. bila dh melibatkn org yg kita syg, keputusannye mesti berbelah bagi..
mulalah tido pown dh start tak lena.. terkebil-kebil..
dan mulalah mmikirkan ayat2 apologize yang mantap2..
kalau jenis yang cepat berfikir ayat2 maaf nie xpe lar..
kalau jenis yang otak dh xmmpu nk berfikir pd saat masalah tiba macam mne??
diri sndiri yang susah..
manusia tak lari dari kesilapan..
dan yang paling bagus bila mereka belajar dari kesilapan..
tulah yang paling penting..
kalau sume org belajar dr kesilapan kn bagus..
aku ntah ble lar plak kn??
InsyaAllah dengan izin tuhan.. nothing is impossible..
kalau diri btol2 nk berubah kn??
aku dh malas dh nk tulis..
doakan semoga diri dapat merasai kemanisan iman yang berpanjangan..
dh xde feeling dh nk tulis..


apa yg aku tulis nie xde kne mengena ngan sape2 pown..
xkira dimana pown anda..!!